Tuesday, April 5, 2011

Erti Cinta Bagiku

Kenapa aku menutup mata ketika aku tidur? Ketika aku menangis? Ketika aku membayangkan? Ketika aku berciuman? Ini kerana hal terindah dalam hidupku di dunia tidak terlihat. Mungkin aku agak aneh dan hidup sendiri bagiku juga agak aneh sendirinya. Dan ketika aku menemukan seseorang yang keunikannya sejalan denganku, aku akan bergabung dengannya dan jatuh ke dalam suatu keanehan serupa yang dinamakan cinta. Cinta bagiku adalah sebuah proses. Cinta berawal dari rasa simpati-suka-sayang dan berakhir dengan cinta.

Ada hal-hal yang tidak ingin aku lepaskan.. Orang-orang yang tidak ingin aku tinggalkan.. Tapi aku ingat, melepaskan bukan akhir dari dunia, melainkan awal suatu kehidupan baru.

Kebahagiaan ada untuk mereka yang menangis.. Mereka yang tersakiti.. Mereka yang telah mencari.. Dan mereka yang telah mencuba.. Kerana merekalah yang mampu menghargai betapa pentingnya orang yang telah menyentuh kehidupan mereka.

Cinta yang agung? Adalah ketika aku menitiskan air mata dan masih peduli terhadapnya.. Adalah ketika dia tidak mempedulikanku dan aku masih menunggunya dengan setia.. Adalah ketika dia mulai mencintai orang lain dan aku masih lagi tersenyum sambil berkata, "Aku turut berbahagia untukmu.."

Apabila cinta tidak berhasil, aku bebaskan diriku.. Membiarkan hatiku kembali melebarkan sayapnya dan terbang ke alam bebas.. Lagi.. Aku selalu ingat bahawa aku akan kembali menemukan cinta dan kehilangannya.. Tapi ketika cinta itu mati, aku tidak perlu mati bersamanya.. Orang terkuat bukan mereka yang selalu menang, melainkan mereka yang tetap tegar ketika mereka jatuh..

Entah bagaimana dalam perjalanan kehidupan, aku belajar tentang diriku sendiri. Dan menyedari bahawa penyesalan tidak seharusnya ada. Hanyalah penghargaan abadi atas pilihan-pilihan kehidupan yang telah ku buat.

Teman sejati.. Mengerti ketika aku berkata, "Aku lupa" -- Menunggu selamanya ketika aku berkata, "Tunggu sebentar" -- Tetap tinggal ketika aku berkata, "Tinggalkan aku sendiri" -- Membuka pintu meski aku belum mengetuk dan berkata, "Bolehkah aku masuk?"

Mencintai.. Bukanlah bagaimana aku melupakan, melainkan bagaimana aku memaafkan.. Bukanlah bagaimana aku mendengarkan, melainkan bagaimana aku mengerti.. Bukanlah apa yang aku lihat, melainkan apa yang aku rasa.. Bukanlah bagaimana aku melepaskan, melainkan bagaimana aku bertahan..

Lebih berbahaya bagiku mencucuri air mata dalam hati dibandingkan menangis tersedu-sedu. Air mata yang keluar dapat dihapus, sementara air mata yang tersembunyi menggoreskan luka yang tidak akan pernah hilang. Dalam urusan cinta, aku tidak selalu menang. Tapi ketika cinta itu tulus, meskipun kalah, aku tetap menang hanya kerana aku berbahagia dapat mencintai seseorang.. Lebih dari aku mencintai diriku sendiri..

Memang akan tiba saatnya dimana aku harus berhenti mencintai seseorang. Bukan kerana orang itu tidak atau berhenti mencintai aku, melainkan kerana aku menyedari bahawa orang itu akan lebih berbahagia apabila aku melepaskannya. Namun sebelum akhirnya aku melepaskan seseorang demi kebahagiannya, apabila aku benar-benar mencintai seseorang itu, aku tak ingin melepaskan dia. Aku tidak percaya bahawa melepaskan selalu bererti aku benar-benar mencintai, melainkan aku akan tetap berjuang demi cintaku.. Itulah cinta sejati..

Lebih baik bagiku untuk menunggu orang yang aku inginkan daripada berjalan bersama orang "yang tersedia". Lebih baik bagiku untuk menunggu orang yang aku cintai daripada berbagi dengan orang "yang berada di sekelilingku". Lebih baik bagiku untuk menunggu orang yang tepat, kerana hidupku ini terlalu singkat untuk dibuang hanya dengan sekadar "seseorang".

Pernah, orang yang aku cintai adalah orang yang paling menyakiti hatiku. Pernah, teman yang membawaku ke dalam pelukannya dan menangis bersamaku adalah cinta yang tidak aku sedari. Dan sekarang.. Aku sedang kembali mencari dan berusaha mendapatkan lagi cinta itu.. Cinta sejati..