Biarkan waktu terus berputar
mengukir berjuta memori sehingga ia menjadi kenangan
mengertikah kau
hati ini sentiasa mengingatimu
walaupun kau telah pergi untuk selamanya
ungas malam berterbangan
sambil ditemani cahaya bulan yang terang
aku berfikir
ku tak mengerti dan aku juga tak fahami
apa salahku dan dosaku padamu
mungkin aku hanya teman permainanmu
bingung aku bingung
kau berjanji dirimu hanya milik ku
seksa jiwa terseksa mengapa aku kau seksa
begitu indah saat bersamamu
ku fikir ku kan memiliki dirimu selamanya
sungguh aku tak mampu untuk menahan
keperitan yang kau berikan
mungkin aku terlalu bodoh
mungkin aku tak seperti yang kau harapkan
maafkan aku
kerana terlanjur mencintaimu